• 03-78325485

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

AKADEMI KEMAHIRAN TROPIKA melaksanakan latihan bidang kemahiran teknikal adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing untuk keperluan industri Negara. Peluang latihan yang terdapat di AKADEMI KEMAHIRAN TROPIKA adalah terbuka kepada belia-belia lepasan sekolah dan graduan dari institusi latihan kemahiran serta pekerja-pekerja dari industri bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Belia-belia lepasan sekolah dan graduan dari institusi latihan kemahiran yang memiliki sijil SKM Tahap 2 atau 3 adalah layak memasuki program latihan jangka panjang di tahap Diploma Kemahiran. Mereka akan dilatih dalam program latihan bersepadu yang menekankan latihan amali sebanyak 70% dengan selebihnya diberikan pengetahuan teori. Pengetahuan amali yang mereka perolehi akan menjadi tunjang utama dalam membangunkan kerjaya mereka di industri-industri yang berkenaan. Peralatan latihan terkini dan sukatan latihan yang mantap di samping sistem latihan dan penilaian yang kemas, akan menjana penghasilan teknokrat kemahiran yang produktif dan berdaya saing.

Di kalangan pekerja industri, AKADEMI KEMAHIRAN TROPIKA akan membantu didalam mencurahkan kemahiran dan pengetahuan teknikal kepada sejumlah besar pekerja-pekerja dari pelbagai syarikat multinasional, IKS dan industri “cottage” untuk dimanfaatkan di tempat kerja mereka. Pelbagai kursus jangka pendek yang berjadual dan “customized” telah dan sedang dirancang bagi memenuhi keperluan dan menyesuaikan dengan jadual kerja mereka yang berkenaan. Tempoh, hari dan tempat yang bersesuaian boleh dirunding dalam pelaksanaan kursus-kursus “customized” dengan pihak industri.

Sebagai pusat latihan yang berdaftar dengan PSMB, skim-skim latihan PSMB juga boleh digunakan dalam pembiayaan kursus-kursus jangka pendek ini, mana yang berkenaan. Industri-industri adalah dijemput untuk memanfaatkan kemudahan latihan yang terdapat di AKADEMI KEMAHIRAN TROPIKA bagi meningkatkan keupayaan pekerja mereka.

Bagi industri IKS pula, kerjsamana dalam penggunaan peralatan latihan bagi tujuan pembangunan prototaip dan pengeluaran awal dengan jumlah yang kecil adalah dialu-alukan. Lain-lain bentuk kerjasama yang boleh memberi manfaat bersama terutamanya kepada industri pengeluaran dan pembuatan negara boleh dibincang. Unit perhubungan Industri AKADEMI KEMAHIRAN TROPIKA sentiasa bersedia untuk membantu.

Akhir kata, Selamat maju jaya dari apa jua bidang yang berkaitan kemahiran.

“KESEMPURNAAN KEMAHIRAN”

Terima Kasih.

TENGKU AZHAM BIN TENGKU ALI
PENGURUS PUSAT BERTAULIAH
AKADEMI KEMAHIRAN TROPIKA
KOD PUSAT : L02480